♥خيرالنساء عبد الحميد♥ Khairunnisa Abdul Hamid♥



Antara kelebihan orang yang bersabar: 

1) Diampunkan dosa baginya

Dalam hadith qudsi, berkata Syaddad bin Aus r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda maksudnya: "Allah telah berfirman: "Sekiranya Aku menguji salah seorang hambaku yang mukmin, lalu ia memujiku dan bersabar atas apa yang aku mengujinya, maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas tuhan akan memerintahkan malaikat pencatat amal: Sesunggunya aku telah menahan hambaku ini, dan aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala2 amalannya..." (Hadith riwayat Ahmad)

2) Diberikan ganjaran pahala tanpa batas.

Allah swt berfirman maksudnya: "Sesungguhnya orang yg bersabar akan diberkan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas)." (surah az-Zumar:10)

3) Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah swt

Allah swt berfirman maksudnya: "Dan berilah khabar gembira kepada org2 yang sabar; iaitu org2 yg apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali." Mereka itu ialah org2 yang menerima selawat dari tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah org2 yang mendapat petunjukNya" (surah al-Baqarah: 155-157)

Memang sabar diwaktu kita ditimpa kesusahan ni memang bukan satu perkara yang mudah. Tapi kita tetap kena latih diri kita supaya menjadi orang yang banyak bersabar. Hehe baru lah boleh dapat ganjaran2 yang Allah dah janjikan tu. Semoga saya dan kamu adalah dikalangan org2 yg bersabar..insyaAllah... =D 


!فصبر جميل