♥خيرالنساء عبد الحميد♥ Khairunnisa Abdul Hamid♥




Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Ketika seseorang itu sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Bagi setiap simpul, ia mengatakan "Tidurlah engkau sepanjang malam". Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwuduk, lepas pula satu lagi simpul. Dan jika dia solat pula, maka terbukalah kesemua simpul. Maka waktu bangun pagi, dia akan berasa sungguh semangat dengan badan yang segar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas." (sahih bukhari)