♥خيرالنساء عبد الحميد♥ Khairunnisa Abdul Hamid♥



 Rasulullah s.a.w bersabda:

"Seringan-ringan siksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api, alas itu diikat dikakinya, maka otaknya mendidih, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sehinggakan jiran-jirannya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut. 

Gigi gerahamnya pula menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. 

Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk dalam penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya...." 




 Firman Allah s.w.t :

 "Dan segeralah menuju kepada pengampunan Tuhan kamu dan memasuki syurga, yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan. Iaitu orang-orang yang membelanjakan hartanya di waktu mewah dan susah, dan sanggup menahan marahnya, serta orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Tuhan menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan orang-orang itu, apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka ingat kepada Tuhan, lalu memohon ampun kepadaNya terhadap dosanya. Siapa lagi yang akan mengampuni dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak mengulangi perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui. Ganjaran untuk orang-orang itu, ialah ampunan dari Tuhan dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal abadi di dalamnya, dan amat baik balasan orang-orang yang melakukan kebaikan." (al-Imran: 133-136) 

These verses caught my attention. Semoga kita semua adalah di kalangan orang2 yg selalu minta maghfirah dari Allah dan sentiasa melakukan kebaikan. =) 





Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Ketika seseorang itu sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Bagi setiap simpul, ia mengatakan "Tidurlah engkau sepanjang malam". Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwuduk, lepas pula satu lagi simpul. Dan jika dia solat pula, maka terbukalah kesemua simpul. Maka waktu bangun pagi, dia akan berasa sungguh semangat dengan badan yang segar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas." (sahih bukhari)