♥خيرالنساء عبد الحميد♥ Khairunnisa Abdul Hamid♥



Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman 

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a berkata: "Kami telah dinasihatkan oleh Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: "Ya Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu, pasti akan melihat peselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyin (khalifah2 yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara2 yang baru yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap perkara baru itu adalah sesat..." 

Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi.