♥خيرالنساء عبد الحميد♥ Khairunnisa Abdul Hamid♥



Assalamualaikum! 

Recently macam ramai yang tanya how much duit aku gunakan for my wedding, coz dorang nak plan for their upcoming wedding. So just rasa nak share sikit2 kat blog, for fun.. Haha and untuk kenangan la jugak. Jadi in 50 years time (kalau masih hidup), boleh la baca balik and recall balik the sweet memory. Haha 

So.. ya. For my wedding, memang nak try to spend the least we could. Personally i dont believe that kita kena buat grand2 just because its a once in a lifetime occasion. To me, sebab dia only one day la yang kita patut buat simple2 je. Yang penting, diberkati. 

Baju kahwin. 
Baju ada satu je. White dress. Pakai baju tu terus sampai habis majlis. Takde nak tukar2 baju. Haha. Beli kain sendiri kat arab street then tempah. Then beli lagi satu baju for majlis guy's side. Tu pun baju kurung je, yang simple sangat beli kat geylang je. Haha tapi a bit mahal sebab amek material yang good quality. Im glad that kita tak sewa baju kahwin mcm usually orang buat. Biasa nya kalau sewa baju, mesti dua tiga helai. Confirm reach sampai $1000+. Taknak la suami aku pakai tanjak dengan keris segala. HAHA. Then bukan nya dapat simpan baju tu. so yeah, Its a big NO for me. 

Jemputan n Jamuan.
Invited only 300 guests. Family, and friends of mine, and friends of my parents yang betul2 rapat je. Eventho 300 je, still for jamuan macam rasa mahal gak. Padahal lauk pun kita takdela choose banyak sangat. Tak boleh imagine orang boleh invite sampai 1000 guests. Haha pengsan sey. Yang penting, rasa sangat happy bila banyak orang bilang the food was very delicious. Yay! 

Pelamin. 
Me, my parents and bakal suami (masa tu) memang semua taknak ada pelamin and bersanding. Coz our majlis kita buat strictly separate men n women. So husband layan n jumpa2 tetamu lelaki, i layan tetamu perempuan. Kat sini da save banyak duit coz pelamin is quite expensive jugak. 
Selalunya pengantin lelaki n perempuan duduk kat meja makan sama2 kan? Mine was so memorable to me coz i sat and ate with my group of bestfriends. Ketawa nonstop rasa enjoy sgt masa tu. Really cant forget that moment. 

Antara benda lain yang buat aku save more duit lagi is:
- deco yang simple
- no DJ (just bukak sendiri lagu Raihan lama2 nya, yg just kai gendang2 without musical instruments)
no profesional photographer was hired. My friends yang ada DSLR, they took super awesome n nice shots. Tengok sama je dengan pics kawen orang2 yang hire pro photographer. Haha like seriously. 
- no outdoor photo shoot 
- honeymoon to Langkawi je. To me, for honeymoon wajib pergi tempat ada laut yang lawa gila, and food terjamin halal plus sedap. So malaysia jela paling senang n murah. Haha. 

Rasanya tak payah la nk blg kat sini exactly how much money spent for the wedding eh.. Tapi memang much cheaper than the usual ones orang buat. Walaupun maybe my majlis takdela nampak gorgeous gila deco dia ke apa all, but still, its a wedding that ive imagined and dreamed it would be, n there's absolutely nothing that i wish to change. To me, its just PERFECT. Syukur Alhamdulillah.... 





                                                           Rindu sangat moment ni. 




DAPDUP DAPDUP ~~ 

It's just so near already. Big day is TOMORROW ! people keep asking me how im feeling right now. Im really2 nervous of course, and excited at the same time. The thought that i can finally be with the one i love. The thought of going out on a date with him, going to class together, studying together.. All in a halal way.

To be honest, Im really glad we have not went out together on a date before, unlike many other couples. Allah gave me someone who is pious and strict when it comes to things that our religion is against it. And, this is what ive always been praying n searching for in a guy. Alhamdulillah, my prayers have been accepted..... =) 





My Dream Wedding 

1) Definitely do not need to have a grand wedding

2) Everyone looks and feels happy on that special occasion

3) Wedding dress is not tight fitting at all

4) Make up does not make my face to look cacat

5) Surrounded by family and my syanie&awekzz to comfort me bila nerves2 haha

6) A must have gorgeous purple deco

7) Strictly no mixing of male and female 

8) No loud music with musical instruments. only simple nasyids will do

9) Super yummy food is served 

10) The day that i can proudly announce to the world that..
 He is my husband, my other half, my happiness. 
InsyaAllah ~








My papa is an amazing dad 
He is a very responsible person
Takes good care of his family
And i just love to see how he treats his mother 
So warm, and gentle. 

My papa is an amazing dad
He always secretly remember the things that we like
Especially food *hehe* 
Then he occasionally buys it for us 
Like a surprise
Once, he brought my favorite otak2 to UIA 
And even brought a small oven to heat it up for me 
So sweet indeed (hmm nk nanges plak bila terigt)

My papa is an amazing dad
When he was young
He did not have much religious knowledge 
But now, he is a really3 pious man 
Seeing him going to the mosque for every single prayer
Made me always do'a in silence 
That Allah will give me a husband 
Whose heart is deeply attached to the mosque too

My papa is an amazing dad 
Although he is strict in certain things(Mostly which are related to religious matter)
He, on the other hand, is funny and a joker
We can talk nonsense like crazy at times
And laugh our hearts out 

And now, I'm missing him so terribly 
But to know that he is staying in the nearby mosque 
Throughout this whole last 10 days of Ramadhan
Made me happy and proud 
To have such an amaaaazing father

Although i've found my prince, my father will always be the king of my heart
Forever 









Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ~

Alhamdulillah, dapat kita bertemu sekali lagi dgn bulan yang penuh barakah ini. Di dalam bulan yg mulia ini, umat Islam telah dijanjikan pahala yg berlipat ganda oleh Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu, mari lah kita sama2 mengejar peluang ini dan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan amalan kita. Semoga Allah menerima puasa dan semua amal ibadat kita sepanjang satu bulan ini.. Dan sepertimana yg kita selalu dgr, syaitan akan diikat pada bulan ini. Dengan ketiadaan hasutan dan godaan dari mereka, insyaAllah kita akan terasa amat mudah untuk melalukan ibadah, dan mudah untuk kita hindarkan diri dari segala perkara munkar.

Dua hadith masyhur ini adalah antara feveret saya kerana setiap kali saya membacanya, ia akan menimbulkan satu semangat dlm diri ku untuk bersungguh2 nk tambahkan amalan dalam bulan ramadhan. Semoga anda juga dpt ambil istifadah dari kedua2 hadith yg simple ni. =) 


:عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
.إذا دخل رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وسلسلت الشياطين

"When Ramadhan begins, the doors of heaven are opened, and the doors of hell are closed, and the satans are tied with chains."           



:عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام رمضان إيمانا  واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

"Whoever fasts during Ramadhan with faith and seeking his reward (from Allah), all his past sins will be forgiven. Whoever prays during the night in Ramadhan  with faith and seeking his reward (from Allah), all his past sins will be forgiven. And whoever passes Lailatul Qadr in prayer  with faith and seeking his reward (from Allah), all his past sins will be forgiven. 






Dalam satu hari, berapa kali kita berterima kasih kepada Allah dgn lafaz 'Alhamdulillah'? Adakalanya satu kali pun tidak. Padahal nikmat yg Allah berikan tu terlalu banyak, tak mampu nak hitung. Tapi kdg kita mcm tk sedar. Bila ditimpa kesusahan sikit jer, kita asek mengeluh atau merungut plak. Terlupa terus semua nikmat yg Allah bagi sebelum ni =(

Bila aku duduk di negeri orang utk beberape hari, baru lah aku sedar betapa beruntungnya aku ni. Dapat makan setiap hari entah brape byk kali, dapat tidur kat tempat selesa, n yg paling penting, ada keluarga yang sgt menyayangi diriku. Rasa terlalu sedih bila tgk naseb sesetengah org. Satu part ni seriously rasa nak cry bila tengok budak2 kecik kerja keras jual kat tepi jalan, pujuk2 org yg lalu lalang utk beli barang dorang tu. Sekali tiba2 dorang lari lintang pukang sebab ada police like nak kejar or halau dorang gitu. Den police tu dpt tangkap satu girl sampai dia terjatuh2, n barang dia semua pun jatuh. Tak boleh tahan tgk dia merayu kat police tu ape entah, maybe suruh lepaskan dia. After that nampak dia nangis2. Then my mama yg sungguh baik hati pergi bagi dia duit skit sebab kesian sgt. 

Selain tu, aku dpt observe budak2 kecil kena serve orang air kat mesjid. Nmpk dorg tu mcm letih je and kdg mcm tak bermaya skit. Bila pikir balek, dulu aku bila umur mcm dorg, hmmm.. Enjoy je hidup. Tkde kena pikir pasal duit. Nak mainan babydoll mahal2, senang jer dapat. Betapa beruntungnya diriku ni..... Lagi satu benda yg buat aku rasa bersyukur sgt, is bila tgk org minta2 sedekah sambil bawak baby dorg. Da la panas2. Den pernah nampak satu ibu ni just letak anak dia kat lantai. Hmm tak tahu lah dorang buat kerja illegal ke apa, tapi yg penting bila tgk still rasa kesian n membuat aku rasa syukur tk terhingga atas segala nikmat dan kesenangan yg Allah berikan selama aku hidup ni. 


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.... 







Alhamdulillah.. Finally dah habes jugak final exams! Weee so happy~ Tapi exam kali ni, tak tahu kenapa lazy semacam utk belajar, and through out the whole exam period, i still didnt get that 'fearful' feeling. Its like, esok nya ada exam, tapi the day before asek sleep or main2. Kul 12am baru nak start belajar. Tu pun dalam kul 3 or 4 dah sleep. Which means subject tu i study only 3-4 hours. I dont think i did so well for my papers. Especially sociology. Hmmm tawakkal saje laaa~ Janji takyah retake subject tu sudah la. HEHE. 

So.. im only left with one more short semester, and two long semesters. Cepat sangat kan time ni? Boleh still ingat mcm mana first day masuk uia, dengan my nenek, makcik, sedara sume ikut hantar. Haha. And dari the first day kat uia sampai lah now, memang banyak sangat kenangan manis dan pahit yg aku lalui. Memang best. Best bila dapat kawan2 baru, dapat belajar subject2 yg interesting, and yang paaaaaling best is something yg terjadi baru2 ni. Yang make me happy setiap hari. Hehe. Hanya mampu bersyukur kepada Allah atas segala yg telah ditakdirkan. Dan akan terus berdoa agar kebahagiaan ini kekal selamanya. ^_^ 





Bila hati dah sayang, 
Semua nya indah dipandang mata,
Wajah si dia pula sering terbayang,
Tak lepas dari ingatan sepanjang masa.

Bila hati dah sayang,
Hanya dengan melihat senyuman nya,
Mampu menghilangkan segala keresahan, 
Hanya dengan mendengar tawanya, 
Mampu merawat segala duka. 

Bila hati dah rindu, 
Allah sahaja lah tempat kita mengadu.
Semoga Dia sentiasa melindunginya, 
Dan memudahkan semua urusannya...

"Selagi belum akad, selagi itu ada jarak antara kita 

=D





People often ask me "how do u get good results for ur exams?" or "why are u so smart?". 

Well the truth is, i am not intelligent at all. Sometimes i feel that my brain works slower than girls of my age. Haha that day, i couldnt even calculate what is 10 cents multiply by 30. And im sure all of u would know the answer easily kan? 

So the secret to my success in my studies (yang previous2 punya)  is only simply because i ASK A LOT. Whenever i do not understand anything in the book, i'll search for the answer no matter what it takes. I'll ask my friends, my brother, my parents, or anyone i could think of. Last semester, there was this one particular subject that i dont understand so much. So i tebalkan muka and called my secondary school teacher yang memang mahir in that subject. Then semangat gi belajar kat rumah dia berjam jam sampai like dah nak 12 midnight. Hahah rajen tak... :p

One more thing you should know, i have a very weak memory. Hence, i have to spend extra time to study and memorize what i need for exams. 

In conclusion, i am not smart, but im just hardworking when it comes to certain things. Its just about making more effort, and u will definitely achieve your dreams, insyaAllah.. 

To all UIA students, let's try our best for our upcoming final examinations! Sama2 doakan each other k~ 

Oklah itu saje. Sekian wassalaam... =) 






Antara kelebihan orang yang bersabar: 

1) Diampunkan dosa baginya

Dalam hadith qudsi, berkata Syaddad bin Aus r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda maksudnya: "Allah telah berfirman: "Sekiranya Aku menguji salah seorang hambaku yang mukmin, lalu ia memujiku dan bersabar atas apa yang aku mengujinya, maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas tuhan akan memerintahkan malaikat pencatat amal: Sesunggunya aku telah menahan hambaku ini, dan aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala2 amalannya..." (Hadith riwayat Ahmad)

2) Diberikan ganjaran pahala tanpa batas.

Allah swt berfirman maksudnya: "Sesungguhnya orang yg bersabar akan diberkan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas)." (surah az-Zumar:10)

3) Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah swt

Allah swt berfirman maksudnya: "Dan berilah khabar gembira kepada org2 yang sabar; iaitu org2 yg apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali." Mereka itu ialah org2 yang menerima selawat dari tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah org2 yang mendapat petunjukNya" (surah al-Baqarah: 155-157)

Memang sabar diwaktu kita ditimpa kesusahan ni memang bukan satu perkara yang mudah. Tapi kita tetap kena latih diri kita supaya menjadi orang yang banyak bersabar. Hehe baru lah boleh dapat ganjaran2 yang Allah dah janjikan tu. Semoga saya dan kamu adalah dikalangan org2 yg bersabar..insyaAllah... =D 


!فصبر جميل





 Rasulullah s.a.w bersabda:

"Seringan-ringan siksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api, alas itu diikat dikakinya, maka otaknya mendidih, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sehinggakan jiran-jirannya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut. 

Gigi gerahamnya pula menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. 

Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk dalam penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya...." 




 Firman Allah s.w.t :

 "Dan segeralah menuju kepada pengampunan Tuhan kamu dan memasuki syurga, yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan. Iaitu orang-orang yang membelanjakan hartanya di waktu mewah dan susah, dan sanggup menahan marahnya, serta orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Tuhan menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan orang-orang itu, apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka ingat kepada Tuhan, lalu memohon ampun kepadaNya terhadap dosanya. Siapa lagi yang akan mengampuni dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak mengulangi perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui. Ganjaran untuk orang-orang itu, ialah ampunan dari Tuhan dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal abadi di dalamnya, dan amat baik balasan orang-orang yang melakukan kebaikan." (al-Imran: 133-136) 

These verses caught my attention. Semoga kita semua adalah di kalangan orang2 yg selalu minta maghfirah dari Allah dan sentiasa melakukan kebaikan. =) 





Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Ketika seseorang itu sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Bagi setiap simpul, ia mengatakan "Tidurlah engkau sepanjang malam". Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwuduk, lepas pula satu lagi simpul. Dan jika dia solat pula, maka terbukalah kesemua simpul. Maka waktu bangun pagi, dia akan berasa sungguh semangat dengan badan yang segar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas." (sahih bukhari) 







 Alhamdulillah, finally i get to experience what it feels like to be swimming around thousands of colorful and beautiful cute fishes. It was amazing. I imagined myself being in the middle of a deep real ocean when in reality it was just a huge tank. What i witnessed in front of my eyes was just absolutely stunning and incredible. I observed diligently as many fishes as i could, trying my best not to miss a single type of fish. As i was swimming, i couldnt help but to secretly smile to myself and kept thanking Allah for giving me this opportunity that i had been wanting for such a long time......Thank you Allah, and thank you Resorts World Sentosa! =')   




أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ


Maksudnya: "Dimana pun kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian...." (surah an-Nisa': 78)

Recently, another student in UIA had passed away. It scares me, a lot. Its not the first time a student in my university passed away. Every time i hear the news, i'll freak out. And i keep wondering, what if im next? What if syahadah is not the last words i am able to utter? What if Allah has not forgiven all of my sins? Scary kan.... Hmm.. =( 

The clock is ticking. Its getting nearer and nearer. And im not at all prepared. I think i need a wake up call. 











Assalamualaikum! 

Today, i feel like sharing some Zikir or Do'a which were taught by our Prophet Muhammad s.a.w.

1) Diriwayatkan dari Abu Daud, dari Abu Sa'id Al-Khudriy ra: Rasulullah saw bersabda: " .... Aku telah mengajarkan empat kalimat yang harus dibaca sebanyak tiga kali, yang jikalau ditimbang dengan zikirmu sejak hari ini, pasti beratnya akan sama dengan kalimat2 tersebut : 
                                  
                 " سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته" 

2) Dalam kitab al-Targhib wa Tarhib, disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yg membaca : "لا اله الا الله والله أكبرmaka Allah akan membebaskan seperempat tubuhnya dari api neraka. Jika dia membacanya dua kali, Allah akan membebaskan setengah tubuhnya dari api neraka. Dan jika dia membacanya empat kali, Allah akan memerdekakan seluruh tubuhnya dari api neraka." 

3) Diriwayatkan dari kitab Tirmizi, Ibnu Majah, dari Jabir bin Abdullah ra: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Zikir yang paling utama adalah: " لا اله الا الله "

4) Diriwayatkan dalam kitab hadith sahih, Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: " سبحان الله وبحمدهseratus kali dalam sehari, akan dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan."

See? Senang kan? Nabi ajar kita zikir yang simple2 je. Yg penting kte kena consistent. And ni sume Nabi yg ajar, so 100% dapat ganjaran nya n dpt pahala. Ada byk lg zikir yg nabi ajar, kalau rajin, boleh la gi check mana2 kitab kepe. And jgn lupa share it with me too. Sama2 help each other utk be better muslims, insyaAllah~ Hope u'll benefit something from my humble post today. Happy zikir-ing ! =)




Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman 

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a berkata: "Kami telah dinasihatkan oleh Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: "Ya Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu, pasti akan melihat peselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyin (khalifah2 yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara2 yang baru yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap perkara baru itu adalah sesat..." 

Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi. 


  



Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Kita sering lupa Allah ada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintaNya. Di dalam surah al-Mukmin ayat 60, Allah berfirman : 

                         [pic-1.gif]

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang2 yg menyombongkan diri dari menyembah ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." 

Memang semula jadi manusia, kita tak suka kalau orang mintak kita sesuatu setiap hari and setiap masa. Imagine, setiap hari kawan kita tu minta tolong buat sesuatu. Mesti mula2 kita ok, tapi kalau bertahun2 dia minta perkara yang sama, mesti kita pun fed-up. Betul tak? Dalam hati macam rasa grrr sikit. Tapi, lain dengan Allah. Kalau dengan Allah, lebih banyak kali kita minta, itu lebih baik. Allah tidak akan rasa jemu, infact Allah memang suruh kita minta apa2 dari padaNya. 

Itu sebab, Nabi ade ajar kita macam2 doa yang kita boleh amalkan in our daily lives. Doa bangun tidur, doa makan, doa masuk toilet, doa tengok cermin, doa naik kenderaan, and mcm2 lagi. Kalau lah kita boleh amalkan setiap doa yg Nabi ajar, memang complete dari saat kita bangun tidur sampai kita masuk tidur malam, kita 24 hours zikrullah n minta pertolongan n protection dari Allah... =) 







Hasan Basri ditanya: "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?" 

Beliau menjawab: "Aku tahu rezeki ku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itu lah aku sibuk beramal solih. Aku tahu Allah selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sedah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah.."  




Dalam kehidupan harian kita, mesti kita banyak kali pernah rasa sedih. Betul tak? Tak kira lah sedih gila or sedih sikit je. Yang penting, perasaan sedih tu mesti kita dah pernah rasai. Untuk aku, recently sedih sebab kasut kesayangan aku koyak, sedih bila tak fully prepared for exam and so tak dapat buat betul2, and ada laa benda kecik2 lagi. Tapi kesedihan ni semua jenis mcm sekejap je sedih, brape minit later, da terlupa pasal benda tu. Hahaha sebab aku ni forgetful lagipun. So cepat lupa benda yang aku tengah sad tu. 

Baru2 ni tengah kecoh pasal Gaza under attack lagi kan? Tengok2 gambar kat Gaza tu, ada yang tunjuk orang tengah lari2 ketakutan, ada yang tengah nangis sebab anak atau any org tersyg dorang tu mati, ada gambar pulak yg show bangunan2 and rumah dorang yang da roboh n hancur. 

After tengok gambar2 tu, it really makes me macam terpikir, apa lah sgt sadness aku selama ni kalau nak dibandingkan dengan sadness orang2 kat sana?? Even kalau campurkan all my sadness selama aku hidup for 21 years ni, aku mcm yakin sadness orang2 kat Gaza tu 1000000 times more. 

Before yang recent Gaza kena attack ni, aku dah banyak kali mimpi aku kat tempat2 ada bombs and tembak2. Scary gila tak boleh tahan. Pernah dalam satu mimpi tu, aku and budak2 lain sembunyik belakang tong sampah. Sebab ada enemy nya soldiers tengah nak tembak2 orang. Sekali dorang nampak kteorg. Then aku mcm hero la konon, sacrifice diri aku so dat budak2 lain selamat. Hehe mcm kat movie2. Then bila dia aim senapang dia kat aku, memang scary nak mamss!! I think that was one of my worst nightmares. Haha then... ending nya, aku pun kena tembak..... Tapi tak rasa saket pape. Hehe naseb baik . 

Okah dats all for now. Lets always remember to make doa for our brothers and sisters at Gaza. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan. Jihaad fi sabilillah! 

Assalamualaikum, and take care all. 




"Quran is like a big chest of treasure Allah has given us to use and spend in order to benefit from in this worldly life and never feel poverty and fear. 

People who are not understanding but reading it in Arabic are like the ones who open up this chest and start playing and rubbing the gold and diamonds within the chest. By spending their time rubbing the wealth of Allah, they are partly relieved and they feel good sensations at that moment, however as soon as they finish reading, they close the chest and lock it, and return back to their lives empty pocketed and blind.  They are the ones who do not benefit from this treasure. 

People who read to understand the guidance of Allah are like the ones who open up the chest and fill their pockets with the wealth of Allah to spend it on themselves and help others who are also in need. By this way, they are relieved from much hardness of this short life and they are the ones who never fear poverty."






The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: " As long as you hold fast to two things which I have left among you, you will never go astray: The Quran and the Sunnah of His Messenger." (Reported by al-Haakim- Hadith Sahih) 

This is one of my favourite hadiths. =) 







Sume org mesti ade benda yg kte nk try to achieve dalam hidop. Tol tk? Or in other words, cita2, impian or dream la gitu. Aku pon ade. Time kecik2, aku cute tau. Hahah aku ingat lagi time kecik2, aku plan nanti bila da besar aku nak jadi TUKANG BUAT PRATA! Hahah aku suke gileeeee tgk mamak buat prata terpusing2 sampai jadi bulat besar and everything lah. Aku akan diri lama depan mamak tu and stare dia buat prata. Konon nak blaja by tengok dia buat tu. Then aku pernah beli dough prata yg belum siap tu and try buat kat rumah. Hahah but tak jadi ah kan. haha 

Time kecik2 jugak, one of aku nye high dreams is... untuk jadi seorang hafizah quran. Dulu da bagos2 masuk tempat tahfiz, then stop. Bila pikir balek, rasa mcm wasted and nyesal. If only aku stay, mesti now da dpt hafal the whole quran kan? Sobs. Tkpelah. Masih ade masa lagi insyaAllah .. if panjang umur. And memang da lama jugak aku plan, after graduate dari UIA (insyaAllah lagi 2 years), aku nk sambung alek amek tahfiz. Tgk ah maybe fulltime ke part-time ke. Maybe sambil kerja ke gitu. Agak2 dpt tk aku live up to my dream ni? Hehe doakan ok? 

Antara reasons yg wat aku dari kecik nak jadi hafizah is because, of coz kte tahu kn org hafal and baca quran ni banyak ganjaran and kelebihan yg Allah bagi kat de. These are some of the rewards yg Allah da janjikan: 

1) Syafaat 10 anggota keluarga ke syurgaaaaa~~! 
Daripada Ali bin Abi Talib, Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca alquran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dlm syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga." (riwayat ibn majah dan at-tarmzi) 

2) Dipakaikan mahkota pada hari kiamat. 
Daripada Mu'az bin Anas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: Sesiapa yg membaca alquran dan beramal dengan apa yg terdpt di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua-dua ibubapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah2 yg ada di dunia......." (hadis riwayat Abu Daud) 

3) Berada dlm rahmat Allah
4) Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yg dibacanye
5) Alquran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat

Hehe best kan? Eventho aku tahu ade ade weak memory, if aku sungguh2, i can do it! InsyaAllah~ =) 
Tapi, ade kwn aku pernah ckp "ko asek nak tu nak ni.. then bila ade time nk kawen?" Hmmm hahaa oh well.. jadi andartu jela nmpknye.... HAHA =( 




Have you ever experienced having taken away something really precious to you? At times you dont even know what to think. Things just happen the way they were meant to happen. You cant predict the future. One second you're having it, another second it vanishes. I have been reminding myself all the time that if Allah can give you happiness in a blink of the eye, He can also take it back anytime. Everything in this world belongs to the Almighty. We have no right to be angry at Him or anything. As the servants of Allah, we must learn to trust and leave things to Him. So, just be happy and go eat alot... eat je byk2.. ape2 ko suke, ko makan je. nanti boleh exercise. Ko ade perot double decker pon its ok dun worry too much. hah baru hidop ko bahagia aman sentosa. tkya nak emosi2 berbagai. lastly, bak kata budak2 yg blaja kt mesir, " PAHAM KE?? " tk paham tkpe lah tk penting pon haha err wat talking me






"It's just you and me tonight,
The room is silent, not so bright,
I've waited since the first light,
I'm glad there's nobody in sight,
No witnesses but the moonlight, 
All my problems are set aside,
I know that I will be all right,
Because you're here by my side.

O Allah, it's You and me tonight."



-Taken from Aiman Azlan's blog.

Poem's title is You and Me. 


Simply love this poem. Hehe



Narrated Jabir bin 'Abdullah: The Prophet used to stand by a tree or a date-palm on Friday. Then an Ansari woman or man said. "O Allah's Apostle! Shall we make a pulpit for you?" He replied, "If you wish." So they made a pulpit for him and when it was Friday, he proceeded towards the pulpit (for delivering the sermon). The date-palm cried like a child! The Prophet descended (the pulpit) and embraced it while it continued moaning like a child being quietened. The Prophet said, "It was crying for (missing) what it used to hear of religious knowledge given near to it." 

[Sahih Bukhari, Volume 4, Book 56, Number 784] 


And i would always get teary eyes whenever i read or listen to this tree story. 

One of the sweetest story ever. Agree? =') 



Mochi the supermom, and her babies Vanila, Ginger and Caramel. 

Haha cute kan? Everytime kalau tgk baby2 ni, rasa mcm STRESS FREE! Too adorable~ 

Cerita dia gini actually. Satu malam ni, Mochi macam act weird. Dia nak cuddle2 dengan org bawah selimut. Mcm tgh kesejukan. Sekali the next day, waterbag dia gaknya terpecah. Atas my kawan nye katil. Haaha then after mcm2 benda happen kecoh2, Tiba2 my friend kata dia dengar Mochi tgh teran!! AAaa means betol dia da nak TERBERANAK !! YAHOOOOO~~!!!

After my friend da readykan dia kotak sume, kteorg pon sambung tido. Time tu lepas subuh gitu. Then pukul 8, my friend pekik something like "EH DA ADE BABY!" ke ape ah tk ingat. Hahha teros aku yg nga tido ni terbangun secepat lightning and zooooomm lari gi bilek kawan aku tu. N dgr Vanila's first cry! Awwwhh~~ So cute. Dia meow meow meow...... Well done Mochi !! Ur an Ummi now! HAHA 

After that kteorg takleh wait lagi sebab kena kuar gi class. Bila balek, tengok da ade lagi 2 kittens. Kaler orange white. Hehehe means da ley agak2 sape bapak dorang. We think its Grandpa. Haha Grandpa macho oi~ Badan muscular 6 packs. Haha suka eh Mochi. hahahaha 

Now, kittens sume da besar sikit. Da bukak mata and da boleh jalan, tapi kaki masih lembik2 sikit. Tateh eh orang panggil? Haha cute laa. Yg paling sweet n touching to me is bila tengok how Mochi jaga dorang. Loving gileeee. Dia mcm risau bila dorang meow2 sume. Kadang aku suka kacau Mochi. Like bawak anak dia jauh2, then bila baby da start meow2, kelam kabot Mochi carik anak dia. Awh.. syg mochi ~~ Ibu Misali.  =') 

i wish i could tell Mochi how much she had taught me about mother's love. Seeing her taking care of her babies made me appreciate my mother more. And sometimes when i look at Mochi with her babies, i'll cry.  She made me realise how big is mother's sacrifice towards her child, how she would always be there by her child's side, taking care of her child with 100% of love.... 

I love you, Mama. So much. Thank you for everything....... =)



Assalamualaikum to all. 

Just feel like sharing briefly what i just read in an Islamic magazine called 'al-Ustaz'. Kalau rajin2 and rasa nak tambah ilmu agama, try ah beli and baca magazine ni. Seriosly best gila and ley learn a lot from it. Haha cey.. promosi plak. 

Back to what i wanted to share. Although it may be something that everyone had already know about it, i just wanna share it as a reminder for all. I feel that it is very beneficial to us as we the servants of Allah who are constantly making doa to Him... 

Panduan Doa Makbul. 

"Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan doamu" -surah al-mukmin (tak ingat ayat brape. Hehe sory)

Antara individu yang mustajab doanya:- 

1) Seorang muslim yg mendoakan sedarenya
2) Org tgh puasa
3) Pemimpin yg adil 
4) Org yg dizalimi
5) Doa ibubapa 
6) Musafir
7) Anak yg doakan ibubapa nye
8) Mujaahid di jalan Allah
9) Org yg tgh buat haji or umrah
10) Org yg byk ingat Allah
11) Org yg tido dlm keadaan yg suci
12) Org yg benar2 dlm kesusahan and kesempitan

Antara masa yg mustajab doa nye:-
1) Antara azan and qamat 
2) Ketika hujan 
3) Time ayam berkokok ( hmm tapi kat spore tkde ayam eh? mcm tk pernah nmpk) 
4) Sepertiga malam
5) Time hujung solat fardu after tahiyyat before beri salam 
6) Hari jumaat

Kadang kte mcm wonder jugak kan kenape doa kte tak makbul2. Maybe its because........ 
1) Kte lalai time doa
2) Kurang yakin doa kte akan dimakbulkan Allah
3) Tak sungguh2 doa
4) Tidak selawat
5) Perbelanjaan hidup dari sumber yg haram
6) Cepat putus asa
7) Kurang beradab time doa

Fakta-fakta ni sume are based on Hadith2 Sohih ye. No worries. Haha =) 

Tapi kalau Allah still tak kabulkan doa kte, its okey... Takpela, maybe Allah ada plan yang laaaaagi baik dari apa yg kte nak tu. Allah kan Maha Mengetahui and Maha Bijaksana? Dia lebih tahu what is best for us. Have faith in Him yeah? Kte hanya mampu berdoa, but lepas tu, leave it to Allah. Baru hidup sentiasa happy aman damai~ Haha yay~~! =D